Semakin hampir dengan penerbitan data inflasi Amerika Syarikat malam ini, US dolar semakin jauh berundur dari paras tertingginya pada sesi Eropah.
Ketika penulisan, indeks dolar yang mengukur prestasi dolar greenback didagangkan susut pada 102.17 berbanding sekumpulan mata wang utama.
Indeks harga pengguna (CPI) AS diunjurkan meningkat kepada 3.3% tahun ke tahun pada bulan Julai, sedikit lebih kuat daripada catatan 3.0% pada bulan Jun.
Susulan penyusutan greenback, kebanyakan mata wang utama mula mengambil peluang untuk mencatatkan keuntungan.
Mata wang euro mendaki lebih tinggi dari paras terendahnya untuk didagangkan pada sekitar harga 1.1020 berbanding US dolar pada awal sesi Eropah.
Sementara mata wang pound turut mencatat peningkatan dengan diperdagangkan lebih tinggi pada sekitar harga 1.2760 berbanding greenback.
Data keluaran dalam negara kasar (KDNK) UK untuk bulan Julai akan menjadi tumpuan pelabur mata wang pound pada hari esok (Jumaat).
Di sisi lain, dolar Aussie dan New Zealand juga meningkat tetapi bergerak tidak jauh dari paras terendah dua bulan masing-masing.
Selain itu, dolar Kanada terus mencatat pengukuhan berbanding US dolar, disokong oleh harga minyak mentah dunia yang meningkat ke paras tertinggi baharu.
Walaupun susut berbanding kebanyakan mata wang utama, namun raja mata wang itu berjaya menakluk puncak tertinggi satu bulan berbanding yen.
Ia menyusuli data Indeks Harga Pengeluar (PPI) Jepun yang meningkat 3.6% tahun ke tahun pada bulan Julai, turun daripada 4.1% pada bulan Jun tetapi lebih tinggi sedikit daripada jangkaan pasaran sebanyak 3.5%.
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.