Harga emas mencapai paras tertinggi baharu dua bulan pada sesi Asia setelah mendapat sokongan daripada dagangan US dolar yang lebih lemah.
Ketika penulisan, logam berharga itu didagangkan tinggi pada sekitar harga $1,985 per auns, manakala niaga hadapan emas pula meningkat pada $1,987 per auns.
Emas telah membuat kenaikan pada hari Selasa susulan data jualan runcit Amerika Syarikat yang kurang memberangsangkan menyebabkan jangkaan untuk Federal Reserve (Fed) terus menaikkan kadar semakin berkurang.
Namun, disebabkan greenback sedikit mengukuh pada Rabu, pergerakan logam kuning itu terbatas yang mendorongnya didagangkan mendatar di sekitar bawah paras harga $1,980.
Emas kembali menguat pada sesi Asia apabila USD menyusut semula susulan tindakan Bank Pusat China (PBOC) yang menetapkan kadar rujukan yuan lebih rendah dan memberi kelonggaran untuk pembiayaan rentas sempadan telah melonjakkan yuan dan mata wang utama lain.
Pelabur kini menantikan petunjuk tambahan daripada data tuntutan pengangguran AS dan indeks pembuatan Philly Fed pada malam ini sebelum keputusan dasar Fed minggu depan.
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.