US dolar diniagakan meningkat pada sesi Eropah ketika pasaran menantikan beberapa penerbitan data ekonomi pada sesi New York.
Berbanding sekumpulan mata wang utama, indeks dolar yang mengukur prestasi dolar greenback didagangkan pada 103.60 ketika penulisan.
Terdahulu, raja mata wang itu susut ketara dari puncak tertinggi dua bulan yang dicapainya pada Rabu selepas data menunjukkan sektor pembuatan dan perkhidmatan Amerika Syarikat kian melemah pada Ogos.
Kelemahan yang sama dalam aktiviti ekonomi Zon Eropah dan UK turut terpapar, menyebabkan dagangan euro dan pound didagangkan di bawah tekanan walaupun telah memadamkan kerugian sebelumnya.
Euro didagangkan sedikit berubah pada sekitar harga 1.0850 berbanding US dolar, manakala mata wang pound pula menyusut pada 1.2680 ketika sesi Eropah.
Sementara itu, mata wang berkaitan komoditi dolar Australia, Kanada dan New Zealand pula sedikit merosot apabila US dolar bangkit semula.
Yen turut memaparkan penyusutan, berundur daripada keuntungan yang dicatatkan sebelum ini dengan diniagakan pada sekitar harga 145.45 berbanding greenback.
Pasaran kini memberi tumpuan kepada terbitan data pesanan barangan tahan lama untuk bulan Julai dan laporan tuntutan pengangguran mingguan Amerika Syarikat pada sesi New York.
Secara berasingan, lira Turki turut menjadi tumpuan pasaran menjelang keputusan kadar faedah oleh bank pusat Turki yang dijangka menaikkannya kepada 20% daripada 17.50%.
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.