Logam berharga emas didagangkan dalam julat yang ketat pada awal minggu ketika pasaran menantikan lebih banyak petunjuk daripada data ekonomi Amerika Syarikat pada minggu ini.
Pada sesi Asia, spot emas sedikit susut pada sekitar $1,957 per auns, manakala niaga hadapan emas yang berakhir pada Disember pula lebih tinggi pada $1,994 per auns.
Walaupun begitu, harga emas di landasan untuk menutup dagangan bulan Julai dengan lebih tinggi sekitar 2% disebabkan jangkaan kadar faedah Federal Reserve (Fed) mungkin menghampiri puncaknya.
Data perbelanjaan pengguna peribadi (PCE) Amerika Syarikat yang diterbitkan pada Jumaat menunjukkan penurunan menepati jangkaan pada bulan Jun.
PCE adalah ukuran inflasi kegemaran Federal Reserve (Fed) dalam membantunya membuat keputusan kadar faedah.
Hal ini menyebabkan dagangan US dolar mengurangkan keuntungannya minggu lalu dan memberi peluang buat harga emas untuk kembali pulih dari paras terendahnya.
Tumpuan minggu ini akan terarah kepada data pekerjaan NFP AS yang akan memberi petunjuk kepada jangkaan seterusnya untuk Fed.
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.