Emas memaparkan pengukuhan pada dagangan awal minggu ketika pelabur bersiap sedia untuk minggu yang lebih bergelora dengan mesyuarat-mesyuarat bank pusat dan data ekonomi utama.
Sesi Asia melihatkan logam kuning itu didagangkan meningkat pada $1,928 per auns, manakala niaga hadapan emas pula lebih tinggi pada $1,949 per auns.
Menjadi tumpuan minggu ini adalah mesyuarat polisi dari 4 bank pusat utama, iaitu Federal Reserve (Fed), Swiss National Bank (SNB), Bank of England (BOE) pada Khamis dan Bank of Japan (BOJ) pada Jumaat.
Fokus utama pasaran tentunya pada keputusan Fed yang dijangka akan mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada 5.00%. Namun kenyataan susulan Pengerusi Jerome Powell akan menjadi perhatian pelabur.
Dalam pada itu, US dolar kekal kukuh pada paras tertinggi enam bulan berbanding mata wang utama walaupun pengukuhannya sedikit mereda daripada minggu lalu.
Namun, hasil perbendaharaan AS 10 tahun menunjukkan kejatuhan mendadak kepada 4.32% selepas melonjak ke paras terkuat sejak November 2007 pada 4.41% ketika awal sesi Asia.
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.