Harga emas kembali ditolak jatuh oleh pengukuhan US dolar dan hasil bon AS yang lebih luas pada awal minggu.
Pada sesi Asia, logam kuning itu didagangkan suram pada $1,915 per auns, manakala niaga hadapan emas pula susut pada $1,932 per auns.
Pasaran emas dilihat masih lagi terkesan oleh kenyataan hawkish Federal Reserve (Fed) minggu lalu untuk mengekalkan kadar faedahnya tinggi untuk lebih lama dalam memerangi inflasi.
Jangkaan itu telah menyebabkan penjualan meluas dalam pasaran bon global, menyaksikan hasil perbendaharaan AS 10 tahun mencapai puncak baharu 16 tahun pada 4.56% pada hari Isnin.
Pada masa yang sama, US dolar terus melanjutkan pengukuhannya untuk meningkat lebih jauh ke paras tertinggi 10 bulan berbanding mata wang utama.
Dengan jangkaan Fed akan kekal hawkish, emas mungkin akan terus didagangkan di bawah tekanan.
Namun, pelabur akan memberi tumpuan terhadap data ekonomi yang bakal diterbitkan seterusnya dan potensi risiko ‘government shutdown’ Amerika Syarikat yang mungkin boleh mempengaruhi dagangan emas.
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.