Emas kekal berlegar dalam julat dagangan yang ketat pada hari Selasa, apabila pasaran memberi tumpuan kepada beberapa penerbitan data Amerika Syarikat sebelum keputusan kadar faedah Federal Reserve (Fed).
Sesi Asia memperlihatkan logam berharga kegemaran ramai itu didagangkan pada sekitar harga $1,957 per auns, manakala niaga hadapan emas pula sedikit tinggi pada $1,961 per auns.
Terdahulu pada sesi New York, data indeks pembuatan State Empire telah diterbitkan yang menunjukkan bacaan lebih baik daripada dijangkakan pada Julai walaupun menurun daripada bulan sebelumnya.
Impaknya terpapar pada penyusutan harga emas pada awal sesi, sebelum ia memadamkan kerugian tersebut untuk kembali didagangkan stabil pada sesi Asia hari ini.
Tumpuan seterusnya dialihkan kepada terbitan data jualan runcit AS pada malam ini yang akan menunjukkan tahap perbelanjaan pengguna di tengah-tengah inflasi semakin mereda.
Bagaimanapun, pergerakan harga emas dijangka terus terhad dalam julat dagangan yang sama menuju mesyuarat polisi FOMC pada minggu depan.
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.