Emas didagangkan lebih tinggi selepas mendapat sokongan daripada US dolar dan hasil bon AS 10 tahun yang merosot.
Pasaran sesi Asia menyaksikan harga emas mengukuh pada $1,980 per auns, paras tertinggi dalam satu minggu.
Fed telah menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas yang membawa penanda aras semasa ke julat 5.25%-5.50% yang juga paras tertinggi 22 tahun.
Walaupun kenyataan susulan daripada Pengerusi Federal Reserve (Fed) kedengaran sedikit hawkish, namun ia gagal mendorong US dolar untuk mengukuh.
Sebaliknya raja mata wang itu susut lebih rendah, sekali gus memberi peluang untuk harga emas mencatatkan keuntungan.
Ini kerana, penganalisis kekal melihat bahawa Fed semakin menghampiri penghujung kitaran pengetatannya susulan inflasi yang terus mereda.
Powell juga tidak memberi petunjuk jelas mengenai kenaikan kadar faedah yang seterusnya, tetapi mengatakan keputusan seterusnya akan bergantung kepada data.
Tumpuan pelabur seterusnya akan beralih kepada penerbitan data keluaran dalam negara kasar (KDNK) AS untuk suku kedua pada malam ini.
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.