Walaupun hasil bon Amerika Syarikat meningkat ke paras tertinggi sejak 2007, tetapi harga emas kekal bertahan daripada jatuh lebih rendah.
Ini diperlihatkan pada dagangan logam kuning itu yang sedikit berubah pada $1,895 per auns ketika sesi Asia, dengan niaga hadapan emas berlegar pada $1,924 per auns.
Hasil bon perbendaharaan AS 10 tahun meningkat ke paras tertinggi sejak 2007 pada 4.35% berikutan jangkaan Federal Reserve (Fed) akan melanjutkan pengetatan monetari untuk menurunkan inflasi.
Dalam konteks ini, aset emas yang tidak memberikan hasil cenderung untuk jatuh jika hasil bon AS meningkat.
Namun demikian, harga logam kuning itu dilihat kekal bertahan dalam julat antara paras sokongan $1,885 dan $1,900 pada sesi dagangan hari ini.
Ucapan daripada Pengerusi Fed Jerome Powell di Jackson Hole pada hari Jumaat akan dipantau oleh pelabur untuk mendapatkan petunjuk bagi hala tuju dasar seterusnya.
**Emas adalah aset yang tidak produktif dan tidak memberi hasil. Ini bermakna terdapat kos peluang untuk memegangnya berbanding aset lain.
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.