Corak pergerakan harga mula berubah pada carta pasangan mata wang EUR/JPY pada minggu ini yang menunjukkan penurunan kembali.
Dengan terbitan data ekonomi Eropah yang diterbitkan semalam, semakin menambahkan tekanan buat Euro.
Data pesanan kilang di Jerman serta data jualan runcit Eropah diterbitkan suram untuk bulan April dilihat mengganggu prestasi Euro untuk kekal cemerlang setelah sedikit pulih pada dagangan penghujung minggu lalu.
Ketidaktentuan pergerakan bagi kedua-dua mata wang ini akan berterusan pada minggu berikutnya berdepan keputusan mesyuarat kedua-dua bank pusat iaitu, European Central Bank (ECB) dan Bank of Japan (BOJ).
Meneliti pergerakan harga pada minggu lalu, kenaikan telah berjaya mencapai zon 150.00 pada Jumaat, yang dilihat sebagai zon rintangan diuji harga.
Namun, di awal minggu ini harga mula membuat penurunan semula setelah gagal melepasi rintangan tersebut dan sehingga hari ini, harga telah susut ke paras sekitar 148.700.
Pelabur telah menilai isyarat untuk pergerakan bearish harga pada Selasa semalam setelah harga mula bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/JPY tersebut.
Penurunan dilihat akan diteruskan menuju paras 148.300 dan jika tembus lebih rendah, sasaran seterusnya harga adalah ke zon 146.500.
Jika diperhatikan, zon tersebut merupakan support buat dagangan pada Mac dan April lalu yang menghalang harga dari jatuh lebih rendah.
Sementara jika harga menunjukkan perubahan dengan membuat kenaikan semula, harga akan menuju kembali zon rintangan 150.00 setelah halangan MA50 ditembusi.
Dengan isyarat bullish, harga bakal meneruskan kenaikan lebih tinggi untuk mencapai sasaran ketinggian paras 151.00 yang dicapai pada penghujung Mei.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG