Seperti yang dijangkakan, pergerakan pasaran pada pembukaan awal minggu semalam masih lagi perlahan berikutan kebanyakan bank-bank masih ditutup.
Pelabur gelisah menantikan reaksi lebih jelas terhadap pergerakan harga khususnya pada pembukaan sesi New York hari ini.
Turut akan menjadi tumpuan adalah terbitan data keyakinan pengguna Amerika Syarikat (AS) yang akan menilai tinjauan isi rumah dan memberi gambaran terhadap perbelanjaan pengguna serta aktiviti ekonomi.
US dolar kekal bergerak mendatar sepanjang sesi New York semalam sehinggalah bersambung pada pembukaan sesi Asia pagi ini (Selasa).
https://soundcloud.com/intradaydotmy/sentimen-ok-usd-susut
Meneliti pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga kekal terapung di atas zon 1.07000 yang menjadi paras sokongan harga sejak minggu lalu.
Kenaikan awal di sesi Asia hanya sekadar mencapai 1.07400 sebelum penurunan berlaku semula di sesi Eropah menekan harga jatuh menuju 1.07000.
Pergerakan harga kembali berada di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD yang memberi isyarat bearish semula.
Kejatuhan lebih parah harga akan dijangkakan sekiranya penurunan berlaku menembusi support 1.07000 selepas ini.
Seterusnya, harga akan terdorong untuk menuju sehingga ke paras tumpuan berikutnya yang berada pada 1.06000.
Situasi sebaliknya akan berlaku jika harga pamerkan lonjakan semula dari zon 1.07000 semasa menembusi halangan MA50 untuk isyarat perubahan trend.
Kenaikan harga bakal menuju paras rintangan pada 1.08000 sebelum meneruskan pendakian lebih tinggi ke sasaran zon 1.09000 pula.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG