Pergerakan pasaran di awal minggu masih dilihat bercampur-campur membuatkan pelabur kekal berhati-hati menjelang laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang akan menjadi tumpuan di penghujung minggu.
Namun sebelum itu, pasaran akan tertumpu dahulu kepada laporan dasar monetari oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell di hadapan Kongres AS pada Selasa dan Rabu.
Penganalisis menjangkakan keterangan Powell akan menjadi kunci penting yang akan menjadi petunjuk bagi jumlah kenaikan kadar faedah selepas ini.
US dolar masih didagangkan lemah pada awal minggu menyaksikan mata wang Euro meningkat lebih tinggi di sesi New York semalam.
Peningkatan hasil bon zon Eropah serta komen hawkish oleh pegawai ECB antara yang menjadi faktor menyokong peningkatan nilai Euro di awal minggu ini.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/pasaran-nantikan-powell
Meneliti carta harga pasangan mata wang EUR/USD di awal minggu semalam, corak kenaikan telah berjaya dipaparkan dengan harga sekali lagi menguji ketinggian yang dicapai minggu lali sekitar 1.06900.
Namun situasi berulang, kenaikan harga dilihat masih lagi gagal untuk menembusi zon rintangan 1.07000.
Harga mula berundur turut sedikit pada penutupan sesi New York dan menyambung dagangan di sesi Asia pagi ini (Selasa), harga masih berlegar perlahan di bawah zon 1.07000 tersebut.
Pergerakan harga yang masih kekal di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD memberi gambaran kenaikan berkemungkinan akan diteruskan lagi.
Sekiranya rintangan 1.07000 berjaya ditembusi minggu ini, harga bakal meneruskan kenaikan menuju ke sasaran berikutnya pada ketinggian 1.08000.
Namun jika harga tetap gagal tembusi 1.07000, penurunan harga boleh berlaku semula dengan faktor pengukuhan US dolar yang mungkin tercetus.
Paras awal bakal diuji dilihat pada 1.06000 sebelum penurunan yang dilanjutkan boleh mencecah hingga zon support yang berada pada 1.05000.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG