Sempena cuti umum Hari Presiden di Amerika Syarikat (AS), pergerakan pasaran di awal minggu telah dijangka akan perlahan.
US dolar bergerak mendatar sehingga ke penutup sesi New York dengan jangkaan pergerakan harga akan kembali rancak semula pada hari ini (Selasa).
Tiada perubahan pada jangkaan sebelum ini, Federal Reserve (Fed) masih dilihat akan lebih cenderung untuk mengekalkan pengetatan dasar monetari di samping turut disokong oleh komen beberapa penggubal dasar.
Selain minit mesyuarat FOMC, pasaran juga menantikan data pertumbuhan ekonomi AS yang bakal diterbitkan minggu ini serta data sektor pembuatan dan perkhidmatan pada sesi New York malam nanti.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/pasaran-tunggu-data-ekonomi#t=0:00
Jika diteliti carta pasangan mata wang EUR/USD semalam, harga bergerak mendatar seperti yang dijangkakan.
Paras 1.07000 masih menjadi rintangan buat harga di mana harga turut mengujinya namun tidak berjaya dilepasi.
Pergerakan harga juga meniti sepanjang tiga sesi di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD, sedikit memberi isyarat bullish buat harga.
Jika harga berjaya melonjak dan menembusi rintangan 1.07000, kenaikan lebih tinggi akan dijangkakan untuk harga menuju pula zon tumpuan 1.08000.
Namun jika harga menjunam, zon support pada 1.06000 dilihat akan diuji dan berkemungkinan bakal ditembusi.
Penurunan lebih rendah yang diteruskan boleh mencecah sehingga ke sekitar 1.05000.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG