Menuju ke penghujung minggu, US dolar terus menyambung penyusutan pada Khamis semalam setelah bacaan inflasi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan memberi petunjuk lebih jelas untuk Federal Reserve (Fed) menuju ke arah pelonggaran dasar monetarinya.
Menambah lagi tekanan buat US dolar apabila data indeks harga pengeluar (PPI) AS yang diterbitkan pada sesi New York semalam memapar angka negatif, menunjukkan penguncupan untuk bulan Mac bagi inflasi pengeluaran.
Situasi ini terus mendorong pergerakan lemah US dolar berkemungkinan bersambung pada minggu berikutnya sementara tumpuan akan terarah pada data jualan runcit dan tinjauan keyakinan pengguna yang akan diterbitkan di sesi New York sebentar lagi.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/usd-terperosok-emas-mencanak
Jangkaan optimis pelabur tepat melihatkan kenaikan harga masih diteruskan pada carta pasangan mata wang EUR/USD pada Khamis semalam di mana paras rintangan sebelum ini pada 1.10000 telah berjaya diatasi.
Harga menyambung kenaikan ke paras lebih tinggi mencapai 1.10650, merekodkan paras tertinggi yang baru sejak April 2022.
Pergerakan harga kekal di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut mengekalkan jangkaan trend bullish buat harga dengan sasaran seterusnya adalah pada 1.12000.
Namun waspada terhadap situasi perubahan arah harga yang kebiasaan berlaku di penutup dagangan setiap minggu.
Penurunan harga boleh berlaku semula dan dilihat paras 1.1000 akan menjadi kawasan persinggahan terhampir.
Jika tembus lebih rendah, harga boleh mencecah semula zon 1.09000 namun sebarang petunjuk bagi perubahan trend akan diperhatikan.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG