Dagangan pada Selasa semalam menyaksikan US dolar kembali memaparkan pengukuhan setelah bergerak mendatar pada pembukaan awal minggu.
Pasaran masih menjangkakan faktor kecenderungan Federal Reserve (Fed) untuk mengekalkan pengetatan dasar monetari akan menyokong pengukuhan US dolar buat masa terdekat.
Meneliti bacaan data pula, sektor pembuatan dan perkhidmatan di Amerika Syarikat (AS) diterbitkan lebih baik berbanding Eropah.
Menambah sokongan buat raja mata wang itu, ketegangan geopolitik dilihat akan memberi kelebihan kepada mata wang safe-haven apabila tercetus konflik antara AS dan Rusia.
Setiausaha Negara AS Antony Blinken mendakwa China sedang menyediakan bantuan ketenteraan kepada Rusia.
Sementara Moscow membalas respon dengan menangguhkan perjanjian nuklear bersama AS dan terus mengekalkan tindakan ketenteraan ke atas Ukraine.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/usd-nanti-minit-fomc-gbp-lonjak#t=0:00
Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, corak penurunan kembali dipaparkan semalam walaupun pada tempo yang agak perlahan.
Ada cubaan harga untuk menguji paras rintangan 1.07000, namun masih tetap gagal untuk menembusinya.
Harga mencecah paras sekitar 1.06400 dan berada di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan di rangka masa 1 jam, memberi isyarat bearish untuk pergerakan selanjutnya.
Penurunan lebih rendah boleh dijangkakan lagi hari ini untuk harga menuju zon support pada 1.06000.
Jika berjaya lepasi zon tersebut, harga bakal susut lebih rendah dengan sasaran seterusnya adalah pada paras tumpuan 1.05000.
Sekiranya harga berjaya melonjak dan menembusi rintangan 1.07000, akan menjadi petanda awal untuk perubahan arah harga bakal berlaku.
Kenaikan boleh diteruskan mencapai semula paras rintangan pada 1.08000 yang diuji pada dagangan minggu sebelum ini.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG