Apa terjadi pada carta harga pasangan mata wang USD/CAD semalam ketika tumpuan terarah pada keputusan mesyuarat polisi bank pusat Kanada?
Bank of Canada (BOC) menepati ramalan untuk mengekalkan kadar faedah tidak berubah di paras 4.50%, mengulangi langkah yang sama dilaksanakan pada mesyuarat Mac lalu.
Keputusan tersebut sepatutnya melemahkan dolar Kanada, namun BOC memberi petunjuk sedikit hawkish dengan fokus adalah terhadap inflasi yang masih perlu diturunkan.
Sementara, US dolar melemah ketara sebaik sahaja data inflasi Amerika Syarikat (AS) diterbitkan semalam dengan inflasi catat bacaan terendah sejak Mei 2021.
Ini telah mendorong harga pada carta USD/CAD memaparkan penurunan lebih rendah sehingga bersambung pada hari ini (Khamis).
Jika diperhatikan harga pada mulanya membuat kenaikan dahulu ke sekitar 1.34800 dan turut menguji halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/CAD tersebut.
Pelabur menilai isyarat bearish apabila halangan tersebut gagal ditembusi, harga ditekan turun semula susulan reaksi data dan mesyuarat pada sesi New York semalam.
Setelah mencecah sekitar 1.34300, penurunan diteruskan pada dagangan yang bersambung sehingga ke sesi Eropah hari ini menuju zon support pada 1.34000.
Penurunan lebih rendah jika melepasi zon tersebut bakal menjangkakan harga sehingga ke sekitar 1.33000 untuk catatkan paras terendah terbaru 8 minggu.
Namun jika harga berjaya melonjak semula, melepasi halangan MA50 akan melihatkan harga menguji pula zon tumpuan pada 1.35000.
Setelah itu, harga yang menyambung kenaikan akan mengatasi ketinggian dicapai awal minggu sekitar 1.35500 sebelum ke paras yang lebih tinggi.
Lihat gambar carta harga pasangan USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG