“Mesti pelabur suka kan kripto naik laju, ye la sebelum ni lemah je harga nak naik.”
Keseluruhan pasaran mata wang kripto melihat pendakian drastik apabila Federal Reserve (Fed) Amerika Syarikat (AS) mengumumkan kenaikan kadar faedah sebanyak 25 mata asas kepada 4.75% pada mesyuarat polisi Februari 2023 pada awal pagi tadi.
Pengerusi Fed Jerome Powell yang sebelum ini pernah berkata untuk kurangkan kenaikan kadar faedah telah menjadi punca kebanyakan pelabur sudah bersedia dengan penurunan tersebut.
Susulan keputusan mesyuarat tersebut, harga BTC dengan modal pasaran bernilai $464 bilion berjaya lonjak menembusi paras $24,236 dalam tempoh 24 jam lalu manakala kripto kedua terbesar Ethereum (ETH) pula canak melepasi zon $1,695.
Sementara beberapa aset digital lain turut melonjak, di mana Ripple (XRP) raih 2.64% dalam tempoh 24 jam lalu, Solana (SOL) 7.65%, Dogecoin (DOGE) 1.06% termasuk Chainlink (LINK) 5.20% selepas beberapa minit pengumuman tersebut berlaku.
Pun begitu, Frax Shares (FRX), Mina (MINA), Aptos (APT), Terra (LUNA) dan Gala (GALA) menyaksikan penyusutan sekitar 6% dalam tempoh sejam terakhir.
Dalam pada itu, indeks AS tergelincir lebih awal daripada keputusan Fed tentang kenaikan kadar faedah dengan S$P500 susut 0.25%, Nasdaq sekitar 0.15% dan Dow melebihi 0.50%.
Pada masa ini, pelabur masih bimbang mengenai strategi yang bakal digunakan oleh Fed untuk mengawal inflasi di samping prospek kemelesetan ekonomi.