Emas bergelut untuk mendapat tarikan pelabur ketika tumpuan pasaran kini terarah kepada keputusan mesyuarat dasar FOMC.
Sesi Asia melihatkan logam kuning itu didagangkan berlegar pada sekitar harga $1,963 per auns, manakala niaga hadapan emas pula sedikit berubah pada $1,965 per auns.
Pasaran tampaknya lebih berhati-hati dalam meletakkan posisi menjelang keputusan kadar faedah Federal Reserve (Fed) yang dijangka akan dinaikkan sebanyak 25 mata asas.
Namun, apa yang menjadi tumpuan utama pasaran adalah kenyataan susulan Pengerusi Fed Jerome Powell mengenai hala tuju penetapan dasarnya yang akan datang.
Jika sebelum ini pelabur menjangkakan dua lagi kenaikan akan dilaksanakan, kini hanya satu kali sahaja dijangkakan susulan data inflasi Amerika Syarikat yang terus berkurang lebih rendah kepada 3% pada bulan Jun.
Terdahulu, data keyakinan pengguna AS mencatat peningkatan pada bulan Julai, namun ia gagal memberi impak berlebihan buat US dolar yang secara tidak langsung membantu emas mengekalkan keuntungannya.
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.