Sentimen pasaran dilihat sedikit suram apabila data keyakinan pengguna Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan pada sesi New York semalam catat bacaan yang lebih rendah berbanding ramalan untuk bulan September.
Selain itu, penurunan besar pada jualan rumah baru AS turut mengundang kebimbangan terhadap sektor perumahan itu kembali perlahan.
Namun begitu, US dolar dilihat masih mengekalkan corak pengukuhannya dengan pasaran berkemungkinan masih menetapkan unjuran positif terhadap US dolar selepas isyarat hawkish pada mesyuarat FOMC minggu lalu.
Dengan itu, dapat diperhatikan pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga menyambung lagi corak penurunan di sesi New York semalam.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/fed-hawkish-usd-berapi
Pada mulanya kenaikan harga dipaparkan di sesi Eropah dengan harga menguji zon 1.06000 namun gagal untuk kekal berada di atasnya.
Selain turut gagal untuk melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut, pantulan semula harga menurun ke bawah mengesahkan pergerakan trend bearish diteruskan lagi.
Sehingga penghujung sesi New York, harga menyentuh paras terendah terbaru dan penurunan diteruskan di awal sesi Asia mencecah sekitar 1.05600.
Masih belum berubah jangkaan pelabur, harga dilihat cenderung untuk menyambung penurunan ke paras lebih rendah lagi hari ini selain akan terus memburu rekod terendah 6 bulan.
Sasaran kekal untuk menuju paras 1.05000 sebagai zon support terbaru buat harga.
Namun jika berlaku lantunan, rintangan paras 1.06000 dan halangan MA50 akan diuji dan pelabur akan memerhati reaksi harga.
Jika berjaya meloloskan diri lebih tinggi, harga akan mensasarkan untuk mencapai paras 1.07000 setelah isyarat perubahan trend dikenalpasti.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG