Dua minggu berturut-turut pamerkan peningkatan, carta harga pasangan mata wang GBP/USD catatkan lonjakan minggu terbesar tahun ini pada minggu lepas.
Ini didorong oleh penyusutan ketara US dolar susulan data-data inflasi yang diterbitkan dengan angka yang menurun pada bulan Jun menguatkan lagi pandangan penggubal polisi Federal Reserve (Fed) bahawa langkah pengetatan sudah semakin hampir berakhir.
Namun, pada minggu hadapan, mesyuarat FOMC dijangka akan menyaksikan kenaikan kadar faedah akan dilaksanakan sekali lagi.
Mata wang Pound memanfaatkan ruang untuk terus meningkat ke paras ketinggian terbaru sejak April 2022.
Sehingga setakat penghujung minggu lalu, harga telah mencapai ketinggian terbaru sekitar 1.31400 namun menutup dagangan di sesi terakhir di sekitar paras 1.31000.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/situasi-terkini-usd
Bermula perlahan pada pembukaan awal minggu di sesi Asia pagi ini (Isnin), harga mendatar di bawah 1.31000 sementara paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD tersebut diuji.
Sekiranya pada minggu ini US dolar terus didagangkan merosot, harga boleh menyambung kenaikan seperti minggu lalu untuk mengatasi paras ketinggian dicapai pada Jumaat.
Sasaran seterusnya adalah untuk menuju zon rintangan pada 1.31700-1.32000 pada kenaikan yang diteruskan.
Namun, jika penurunan pula yang dipamerkan minggu ini, harga boleh susut semula menuju ke paras 1.30000 dan reaksi harga akan diperhatikan.
Menyambung penurunan lebih rendah menjangkakan harga untuk singgah pula ke sekitar 1.29000 yang sebelum ini menjadi antara paras tumpuan buat harga.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG