Harga lonjak sehingga 130 pips setelah cecah paras terendah terbaru 6 minggu pada carta pasangan mata wang GBP/USD di dagangan sesi-sesi akhir minggu lalu.
Adakah ini memberi isyarat untuk perubahan trend bullish? Atau sekadar pembetulan harga yang berlaku didorong oleh aktiviti profit taking di hujung minggu?
Pelabur masih menjangkakan US dolar cenderung untuk menyambung pengukuhan pada minggu ini, dan berkemungkinan akan menambahkan lagi tekanan buat Pound.
Penurunan mingguan sekitar 350 pips berlaku minggu lalu, dan tidak mustahil penurunan yang sama atau lebih besar akan dipamerkan pada minggu ini.
Penurunan terendah minggu lalu mencecah sekitar 1.19150 sebelum harga melantun di sesi New York Jumaat lalu melepasi zon 1.20000 mencapai ketinggian sekitar 1.20500 di penghujung sesi.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/waspada-usd-ini-minggu-bergelora
Menyambung pembukaan dagangan awal minggu ini, harga sedikit susut dari paras penutupan tersebut dan berlegar di zon 1.2000 di sesi Asia.
Turut berada di atas paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD menjadi isyarat awal untuk pergerakan bullish setelah harga berjaya melonjak melepasinya minggu lalu.
Kenaikan jika berjaya diteruskan dilihat akan menuju ke paras 1.21000. Setelah berjaya tembusi, kenaikan akan dilanjutkan pula ke zon tumpuan 1.22000.
Namun, jika US dolar kekal kukuh dan menekan harga jatuh ke bawah, zon 1.19000 dilihat akan menjadi tumpuan untuk diuji minggu ini.
Jika zon tersebut gagal menahan harga jatuh lebih rendah, paras 1.18000 dilihat menanti untuk dicecah harga.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG