Pergerakan agresif harga dipaparkan pada carta pasangan mata wang GBP/USD semalam menyaksikan lonjakan harian sehingga 100 pips.
Pada mulanya harga menyusur turun di sesi Eropah semalam mencecah kembali paras 1.24000 seperti dagangan Selasa lalu, yang kekal menjadi paras sokongan buat harga.
Dari situ, harga telah melonjak sehingga mencapai ketinggian paras 1.25000 ketika US dolar didagangkan lemah sehingga pembukaan sesi New York.
Namun, situasi berubah apabila harga mula susut semula hingga ke sekitar 1.24300 untuk menutup dagangan di sesi tersebut.
Berlaku sedikit lantunan pada pembukaan sesi Asia pagi ini (Khamis) melihatkan harga kekal berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD itu setelah harga turun mengujinya.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/usd-gold-menggila
Jika kenaikan berjaya diteruskan hari ini, rintangan pada paras 1.25000 yang disentuh semalam berkemungkinan akan diuji lagi.
Menembusi paras itu akan menjangkakan kenaikan diteruskan menuju paras ketinggian minggu lalu sekitar 1.25400, iaitu paras harga sebelum menjunam ketika data NFP diterbitkan.
Namun, sekiranya harga membuat penurunan di bawah paras sokongan MA50, jangkaan pergerakan harga mungkin akan berubah kepada lebih bearish.
Harga yang turun sekali lagi akan menguji paras sokongan pada 1.24000 dan reaksi harga akan diperhatikan.
Jika sudah gagal untuk melantunkan semula, harga yang tembus lebih rendah dilihat akan menuju sasaran zon support 1.23000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG