Mata wang utama yang lain dalam pasaran hari ini bakal mengambil kesempatan di atas penyusutan ketara yang berlaku terhadap nilai US dolar susulan keputusan mesyuarat FOMC awal pagi tadi.
Begitu juga mata wang Pound yang berjaya didagangkan meningkat semula namun pelabur kekal waspada menjelang pula mesyuarat bank pusat England (BOE) hari ini.
Federal Reserve (Fed) menepati ramalan meningkatkan kadar faedah lebih perlahan pada 25 mata asas ke paras terbaru 4.75% di samping ucapan Presiden Fed, Jerome Powell yang dinilai bernada dovish.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/sis-fx-fed-dovish-usd-kecundang-22
Jika diteliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD, harga pada mulanya berlegar perlahan di sesi Asia dan Eropah semalam di atas zon support 1.23000.
Namun setelah mesyuarat FOMC, harga telah melonjak lebih 100 pips menuju sasaran zon rintangan 1.24000 seperti yang dijangkakan penganalisis.
Pergerakan perlahan di zon tersebut bersambung pada dagangan sesi Asia pagi ini (Khamis), namun pelabur telah mendapat isyarat trend bullish selepas lonjakan harga yang telah menembusi paras garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD tersebut.
Jangkaan untuk melepasi rintangan 1.24000 seterusnya akan menyambung kenaikan lebih tinggi harga menuju pula sehingga ke sekitar 1.25000.
Mencapai paras tersebut akan merekodkan ketinggian terbaru harga untuk tempoh dagangan sepanjang 8 bulan.
Namun jika keputusan mesyuarat BOE mengubah arah pergerakan harga, berkemungkinan pelabur akan menyaksikan penurunan harga semula menuju ke support 1.23000.
Sekiranya zon 1.23000 itu gagal melantunkan kembali harga, harga bakal tembus lebih rendah menuju ke sekitar 1.22000 pula untuk memaparkan corak pergerakan trend bearish.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG