Berlaku perubahan semula pada corak pergerakan harga di carta pasangan mata wang GBP/USD pada Rabu semalam.
Berbanding Selasa lalu harga menunjukkan lonjakan, kenaikan gagal diteruskan sebaliknya harga mula paparkan penyusutan semula pasaran susulan pengukuhan oleh US dolar.
Pelabur berkemungkinan akan menjangkakan pengukuhan berpanjangan US dolar setelah minit mesyuarat FOMC diteliti pada awal pagi tadi.
Beberapa penggubal dasar melihat pilihan kenaikan 50 mata asas kadar faedah dan kebanyakan menjangkakan 25 mata asas.
Kenaikan kadar faedah bakal diteruskan Federal Reserve (Fed) dalam usaha mencapai inflasi 2% selain disokong oleh bacaan data pekerjaan, aktiviti ekonomi dan perbelanjaan yang sedang kukuh.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/usd-kukuh-lepas-minit-fomc
Setelah ketinggian dicapai pada kenaikan harga di carta GBP/USD di paras 1.21400 Selasa lalu, penurunan dipamerkan semula harga ke sekitar 1.20350 pada penghujung sesi New York awal pagi tadi.
Penurunan melepasi paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD kembali berikan isyarat bearish untuk pergerakan harga selanjutnya.
Harga dilihat akan menuju ke zon 1.20000 yang menjadi sokongan harga sebelum ini untuk mengujinya sekali lagi.
Berjaya tembus lebih rendah akan menjangkakan harga menuju zon tumpuan minggu sebelum ini sekitar 1.19000.
Namun jika harga kembali melonjak semula, melepasi paras 1.21000 dan halangan MA50 akan mengubah jangkaan arah pergerakan harga semula.
Kenaikan berkemungkinan akan diteruskan menuju ke paras 1.22000 sebelum mencapai ketinggian ketika lonjakan pada terbitan data inflasi Amerika Syarikat sebelum ini sekitar 1.22700.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG