Setelah mengakhiri bulan Julai dengan prestasi yang cemerlang, dagangan minyak mentah terus mempertahankan pengukuhannya di paras tertinggi tiga bulan.
Pada sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan stabil pada sekitar harga $85.20 setong manakala dagangan WTI Amerika Syarikat pula menguat pada $81.60 setong.
Komoditi hitam itu sedikit goyah pada sesi Asia hari ini ketika pasaran mencerna petunjuk ekonomi yang bercampur-campur daripada pengimport utama China, selain turut terjejas oleh US dolar yang lebih kuat.
Ini susulan data PMI yang menunjukkan aktiviti pembuatan di China perlahan untuk bulan keempat berturut-turut pada bulan Julai manakala keseluruhan aktiviti perniagaan juga merosot.
Pun begitu, minyak mentah telah meningkat antara 14% dan 16% pada bulan Julai, susulan pemotongan pengeluaran sukarela oleh Arab Saudi dan Rusia yang dijangka mengetatkan bekalan minyak.
Selain itu, OPEC+ juga menunjukkan kesediaan untuk mengambil tindakan selanjutnya untuk menyokong pasaran minyak.
Ini turut disokong oleh tanda-tanda permintaan AS yang stabil, ditambah dengan harapan yang semakin meningkat untuk lebih banyak langkah rangsangan China turut membantu kenaikan harga.
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.