Harga emas tergelincir jauh ke paras terendah hampir satu bulan apabila pelabur lebih memilih US dolar sebagai perlindungan berikutan sentimen pasaran yang suram.
Logam kuning itu merosot rendah ke paras $1,923 per auns pada sesi terdahulu, sebelum melantun semula ke sekitar harga $1,930 per auns ketika sesi Asia (waktu penulisan).
Agensi penarafan Moody’s menurunkan penarafannya ke atas 10 bank Amerika Syarikat yang secara tidak langsung mencetuskan kebimbangan baharu terhadap sektor perbankan.
Namun, pelabur lebih memilih untuk mendapatkan US dolar sebagai safe-haven, menyebabkan dagangan emas terus terperosok ke paras terendah pada Selasa.
Bagaimanapun, logam kuning sedikit melantun, selepas data inflasi China yang diterbitkan pada sesi Asia mendorong penyusutan greenback dan kenaikan mata wang utama susulan bacaan lebih baik daripada jangkaan pada Julai.
Sementara itu, Presiden Federal Reserve (Fed) Patrick Harker pula tanpa dijangka lebih dovish, mengatakan pengetatan sudah berakhir dan kadar mungkin akan diturunkan pada tahun depan.
Tumpuan seterusnya beralih kepada data inflasi Amerika Syarikat yang akan terbit pada malam esok (Khamis) sebagai petunjuk utama kepada dasar Fed selanjutnya.
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.