Jika sebelum ini Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menyokong pendirian dasar yang longgar Bank of Japan (BOJ), tetapi ia kini mula mengubah pandangannya!
Dalam kenyataan ketua ekonomi IMF Pierre-Olivier Gourinchas mencadangkan BOJ untuk menjadi fleksibel dan mungkin beralih daripada program kawalan keluk hasilnya.
Ujarnya, pihak berkuasa Jepun boleh kekal akomodatif, tetapi ia perlu bersiap sedia untuk berdepan keperluan mulakan pengetatan.
Cadangan itu muncul menjelang keputusan dasar BOJ pada hari Jumaat, di mana ia secara meluas dijangka mengekalkan pendirian dasar dovishnya tidak berubah.
Dalam unjuran ekonomi terbarunya, IMF mengunjurkan ekonomi Jepun berkembang 1.4% tahun ini, sebelum mereda kepada 1% pada 2024.
Selain itu, prospek pertumbuhan global diunjurkan meningkat kepada 3% pada 2023, naik sedikit daripada ramalan awal yang dibuatnya pada April pada 2.8%.
Meskipun meningkat, namun, IMF tetap memberi amaran mengenai cabaran yang berterusan yang melemahkan prospek jangka sederhana.
Tambahnya, inflasi dilihat menurun dan tekanan teruk dalam sektor perbankan telah surut, tetapi imbangan risiko yang dihadapi ekonomi global kekal cenderung ke arah bawah dan keadaan kredit semakin ketat.
Sementara itu, IMF meramalkan inflasi utama global akan jatuh kepada 6.8% pada tahun ini daripada 8.7% pada 2022, menurun kepada 5.2% pada 2024.
Namun, inflasi teras dijangka akan menurun secara beransur-ansur, mencapai 6.0% pada 2023 daripada 6.5% tahun sebelumnya dan berkurangan kepada 4.27% pada 4.24% pada tahun depan..