Masih ingat pada kenyataan Reserve Bank of Australia (RBA) baru-baru ini?
Bank pusat itu mengatakan penetapan kadar faedah selanjutnya akan bergantung kepada data ekonomi yang masuk.
Ekoran itu, RBA mungkin terpaksa menaikkan lagi kadar faedahnya selepas bacaan terbaru dalam data inflasi Australia menunjukkan peningkatan melebihi jangkaan!
Pada bulan April, indeks harga pengguna (CPI) Australia tanpa dijangka meningkat kepada 6.8% tahun ke tahun daripada 6.3% yang dicatatkan pada bulan Mac dan juga lebih tinggi berbanding jangkaan untuk meningkat 6.5%.
Hal ini sekali gus membangkitkan semula jangkaan untuk bank pusat Australia meneruskan kitaran pengetatannya.
Awal bulan ini, RBA telah mengejutkan pasaran dengan meningkatkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas setelah mengekalkannya tidak berubah pada bulan April.
Sungguhpun diperlihatkan dengan bacaan lebih kukuh dalam data inflasi, dolar Aussie malangnya gagal memanfaatkan peluang tersebut untuk bangkit lebih tinggi.
Sebaliknya, mata wang sensitif risiko itu merosot lebih rendah berikutan data pembuatan China yang menunjukkan kelemahan berterusan pada bulan Mei selain turut terkesan oleh pengukuhan semula US dolar.
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.