Emas kekal didagangkan pada paras terendah selepas data menunjukkan inflasi Amerika Syarikat meningkat semula untuk bulan kedua berturut-turut.
Pun begitu, logam kuning itu masih bertahan di atas paras sokongan utama $1,900, dengan sedikit berubah pada sekitar harga $1,910 per auns pada sesi Asia hari ini.
Indeks harga pengguna (CPI) tahunan AS melonjak kepada 3.7% pada bulan lalu daripada 3.2% yang dicatatkan pada Julai, serta turut melebihi jangkaan pasaran untuk meningkat 3.6%.
Pada asas bulanan pula, inflasi meningkat sebanyak 0.6% bulan lepas yang merupakan kenaikan terbesar sejak Jun 2022 susulan lonjakan harga petrol.
Walaupun CPI meningkat, namun ia tidak banyak mengubah jangkaan pasaran untuk Federal Reserve (Fed) mengekalkan kadar faedah pada minggu depan.
Susulan itu, US dolar gagal memberi reaksi ketara selepas data tersebut dikeluarkan tetapi masih mengukuh di sekitar paras tertinggi sekali gus menekan dagangan emas untuk kekal rendah.
Tumpuan pelabur seterusnya akan tertumpu pada terbitan data inflasi pengeluar (PPI), tuntutan pengangguran dan jualan runcit Amerika Syarikat pada sesi New York hari ini.
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.