“Bukan biasa-biasa, firma ini ada banyak gila BTC.”
MicroStrategy, firma risikan perniagaan berpangkalan di Amerika Syarika (AS) diasaskan oleh Michael Saylor telah membeli lagi 155 Bitcoin (BTC) bernilai $5.3 juta sebagai tambahan strategik pada portfolio mata wang kriptonya.
Susulan harga BTC baru-baru ini telah menyaksikan pendakian ketara sehingga $35,000, MicroStrategy yang sudah lama menyertai pasaran kripto telah berjaya raih keuntungan lumayan disebabkan pelaburannya yang besar dalam aset digital itu.
Sejak pelaburan awalnya sebanyak $250 juta pada Ogos 2020, aset BTC yang diperoleh oleh MicroStrategy telah menunjukkan pertumbuhan yang sangat mengagumkan.
Menurut Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Andrew Kang, MicroStrategy telah menambah 6,067 BTC sejak suku kedua lagi dan kini firmanya memiliki lebih 158,400 aset digital itu, jadi di sini dapat dilihat ia tetap beli BTC walaupun pasaran kripto berada dalam keadaan tidak menentu.
MicroStrategy yang terus mempamerkan keyakinannya terhadap BTC sebagai simpanan nilai jangka panjang dapat mendorong lagi industri melibatkan diri dalam pasaran kripto.
Suka dimaklumkan bahawa halving BTC keempat yang sangat dinanti-nantikan berpotensi untuk mendorong harga BTC melonjak lebih tinggi ditambah pula terdapat spekulasi mengatakan spot BTC ETF akan diluluskan tidak lama lagi.
Bukan itu sahaja, MicroStrategy yang telah membeli sejumlah besar BTC dapat menunjukkan kepada orang ramai bahawa peranan aset digital adalah sangat penting untuk pengurusan aset korporat mendapat pelbagai manfaat.