Minyak mentah terus mengekalkan momentum pengukuhannya untuk didagangkan pada paras tertinggi di tengah-tengah kelemahan US dolar yang berterusan.
Pada sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan mengukuh pada paras ketinggian tiga bulan pada $86 setong.
Sementara dagangan WTI Amerika Syarikat pula menguat pada paras tertinggi sejak November dengan didagangkan pada sekitar harga $82 setong.
Penyusutan US dolar berterusan pada hari Jumaat susulan terbitan data inflasi pengguna dan pengeluar menunjukkan tekanan harga di Amerika Syarikat semakin mereda.
Ia sekali gus mengangkat jangkaan pasaran untuk Federal Reserve menghentikan kenaikan kadar faedahnya.
Harga minyak telah meningkat tinggi sejak OPEC dan sekutunya termasuk Rusia atau dikenali sebagai OPEC+, mengumumkan pemotongan mengejut dalam pengeluarannya sebanyak 1.16 juta tong sehari mulai Mei.
Pelabur kini menantikan laporan daripada Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) yang akan menerbitkan unjuran terhadap permintaan minyak global.
Data jualan runcit AS pada sesi New York juga akan dijadikan tumpuan pasaran untuk menilai tahap perbelanjaan pengguna di negara itu.
Jom intai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.