Jabatan Statistik Kanada melaporkan jualan runcit turun 1.4 peratus kepada $65.3 bilion pada bulan Mac. Walaubagaimanapun agensi itu berkata jualan runcit teras yang tidak mengambil kira stesen petrol dan vendor bahan api dan peniaga kenderaan bermotor dan alat ganti catat peningkatan sebanyak 0.3% pada bulan itu.
Jualan di pengedar kenderaan bermotor dan alat ganti turun 4.4 peratus pada Mac, penurunan pertama mereka dalam lapan bulan apabila jualan di pengedar kereta baharu jatuh 4.8 peratus. Jualan di stesen minyak dan vendor bahan api turun 3.9 peratus.
Sementara itu, jualan di peniaga bahan binaan dan peralatan taman dan bekalan meningkat 1.6 peratus dan jualan di peruncit barangan sukan, hobi, alat muzik, buku dan pelbagai meningkat 1.6 peratus.
Dari segi jumlah volume, Jabatan Statistik Kanada berkata jualan runcit jatuh 1.0 peratus pada Mac. Mata wang Kanada sedikit mengukuh dengan USD/CAD susut sebanyak 0.21% kepada paras dagangan 1.3473.