Nilai emas terus mengalami penyusutan, menyaksikannya jatuh ke bawah paras harga $1,920 ketika pasaran menantikan keluaran data inflasi Amerika Syarikat.
Ketika penulisan, logam kuning itu didagangkan suram pada paras terendah satu bulan di sekitar harga $1,917 per auns, manakala niaga hadapan emas pula sedikit susut pada $1,950.
Emas terus gagal mendapat tarikan daripada pelabur meskipun di tengah-tengah hasil bon AS 10 tahun dan US dolar yang bergerak mendatar.
Tumpuan pelabur kini terarah kepada penerbitan data inflasi pada sesi New York malam ini yang bakal dijadikan petunjuk untuk hala tuju dasar Federal Reserve (Fed) seterusnya.
Indeks harga pengguna (CPI) AS dijangka meningkat 3.3% tahun ke tahun pada bulan Julai daripada 3.0% yang dicatatkan pada Jun.
Jika angka yang dilaporkan terbukti meningkat lebih tinggi, ia berpotensi untuk memberi tekanan berterusan buat harga emas, namun sebaliknya akan berlaku sekiranya angka yang lebih lemah dicatatkan.
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.