Harga emas kembali didagangkan menguat pada hari Isnin selepas mengalami kejatuhan mendadak pada minggu lalu.
Sesi Asia memperlihatkan logam kuning itu diperdagangkan lebih tinggi pada sekitar harga $1,917 per auns, bangkit dari paras terendah $1,902 pada hari Jumaat.
Seperti yang dijangkakan, ucapan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell di simposium tahunan Jackson Hole telah mencetuskan volatiliti dalam pasaran.
Powell menegaskan bahawa bank pusat itu mungkin perlu terus menaikkan kadar faedah untuk menurunkan inflasi yang masih terlalu tinggi.
Walaupun kenyataan itu tidak terlalu hawkish seperti yang beliau sampaikan setahun lalu di Jackson Hole, tetapi pelabur melihat satu lagi kenaikan kadar faedah menjelang akhir tahun ini.
Namun, kejatuhan yang dipaparkan harga emas selepas kenyataan itu hanya sementara, sebelum ia kembali melantun untuk didagangkan stabil pada dagangan awal minggu ini.
Pun begitu, pelabur perlu menantikan sesi Eropah dan New York untuk pergerakan harga emas yang lebih jelas.
Tumpuan seterusnya beralih kepada penerbitan data ekonomi utama, terutamanya laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat pada hari Jumaat.
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.