Menuju penutup pasaran bulan Julai, US dolar bergerak dalam julat dagangan yang terhad menyaksikan harga terus berlegar pada sekitar zon yang sama.
Ini diperlihatkan pada indeks dolar yang didagangkan pada sekitar harga 101.70 berbanding sekumpulan mata wang utama.
Dengan ketiadaan keluaran data ekonomi utama dari Amerika Syarikat pada sesi New York akan datang, US dolar dijangka terus mempamerkan pergerakan yang sama.
Pun begitu, pelabur perlu tetap berhati-hati memandangkan hari ini merupakan penutup dagangan Julai yang mungkin akan dipengaruhi aktiviti pengambilan untung.
Meneliti perkembangan mata wang lain, euro diniagakan sedikit berubah susulan laporan data inflasi Zon Eropah yang menunjukkan indeks harga pengguna menurun kepada 5.3% pada bulan Jun daripada 5.5% sebelumnya.
Sementara inflasi teras pula tidak berubah daripada catatan terdahulu dengan peningkatan 5.5% pada bulan Jun.
Dalam pada itu, mata wang pound didagangkan mendatar di tengah-tengah kewaspadaan pelabur menjelang mesyuarat dasar Bank of England (BOE) pada hari Khamis.
Selain itu, dolar Aussie dan New Zealand diperdagangkan lebih tinggi selepas mendapat sokongan daripada data pembuatan China yang lebih baik daripada jangkaan.
Mata wang yen pula kekal kecundang di paras terendah tiga minggu berbanding greenback ketika pasaran terus menilai langkah Bank of Japan (BOJ) minggu lepas.
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.