Logam kuning emas gagal meneruskan kenaikan, sebaliknya dihentam lebih rendah oleh pengukuhan US dolar susulan data ekonomi Amerika Syarikat yang melebihi jangkaan.
Emas kecundang ke paras terendah dua minggu, mencatatkan penurunan harian terbesarnya sejak Jun sebanyak 1.30% ke sekitar paras harga $1,942 sebelum stabil pada $1,950 per auns ketika sesi Asia.
Data yang dikeluarkan pada sesi New York, menunjukkan ekonomi AS berkembang lebih kukuh daripada dijangkakan pada suku kedua yang disokong oleh daya tahan pasaran buruh menyokong perbelanjaan pengguna.
Laporan berasingan menunjukkan tuntutan pengangguran AS jatuh 221,000 pada minggu lepas, daripada 228,000 sebelumnya.
Susulan data itu, US dolar terus memecut tinggi dari paras terendahnya seiring dengan lonjakan dalam hasil bon AS 10 tahun ke paras tertinggi dua minggu pada 4%.
Terbitan data perbelanjaan pengguna peribadi (PCE) AS, indikator inflasi utama pilihan Fed untuk penetapan kadar, akan menjadi pelabur seterusnya pada malam ini.
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.