Pergerakan harga di carta pasangan mata wang GBP/USD berjaya menunjukkan pemulihan semula pada dagangan Selasa semalam selain dipacu oleh data-data penting yang diterbitkan.
Pada awal minggu, pelabur disajikan dengan terjunan harga dari paras 1.26000 hingga ke zon 1.25000.
Namun, harga berjaya melonjak semula dari zon tersebut hingga melepasi rintangan 1.26000 semalam, dengan kenaikan harian sekitar 120 pips telah dicatatkan.
Di sesi Eropah semalam, laporan data pekerjaan UK diterbitkan dengan bacaan yang positif.
Indeks purata pendapatan meningkat lebih tinggi dari ramalan untuk kekal, kadar pengangguran UK susut daripada bulan sebelumnya, dan tuntutan faedah pengangguran juga catat angka yang rendah.
Sementara data indeks harga pengguna (CPI) Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan di sesi New York pula menunjukkan kadar inflasi terendah sejak Mac 2021, mendorong penyusutan ke atas US dolar.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/sis-fx-cpi-jatuh-fomc-jadi
Justeru, harga pada carta GBP/USD telah berjaya melonjak melepasi 1.26000 di sesi New York semalam ke sekitar 1.26200 sekaligus catatkan paras ketinggian terbaru 5 minggu.
Dengan momentum semalam, harga berkemungkinan akan menyambung pergerakan bullish namun pelabur perlu berhati-hati ketika dagangan sedang menantikan keputusan mesyuarat FOMC.
Corak kenaikan harga jika terus dikekalkan lagi akan menjangkakan harga ke paras lebih tinggi hari ini menuju sekitar 1.27000.
Penurunan harga juga boleh dijangkakan terutama ketika kejutan selepas mesyuarat FOMC yang boleh menekan harga jatuh semula.
Bergerak di bawah paras 1.26000 akan mendorong harga kembali semula ke paras 1.25000 yang menjadi zon penting buat harga sejak minggu lepas.
Penurunan lebih rendah jika masih diteruskan dilihat akan mencecah sekitar 1.24000 yang menjadi paras sokongan harga sebelum ini.
Data pertumbuhan ekonomi UK yang akan diterbitkan dilihat akan memacu pergerakan mata wang Pound di sesi Eropah sebentar lagi, sementara data indeks harga pengeluar (PPI) AS akan mempengaruhi US dolar pada sesi berikutnya sebelum tumpuan terarah pada mesyuarat FOMC.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG