Pasaran memberi reaksi secara terus terhadap terbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang menjadi tumpuan utama pada minggu ini.
Bacaan tahunan indeks harga pengguna (AS) untuk bulan Mac perlahan di paras 5.0%, lebih rendah berbanding jangkaan 5.1%, mengekalkan corak penurunan pada kadar inflasi untuk 9 bulan berturut-turut.
Menurun daripada kadar 6% bulan sebelum ini, paras inflasi yang terbaru ini adalah paling rendah dicatatkan sejak Mei 2021.
Justeru, US dolar terus menunjukkan kesan penyusutan yang ketara sebaik sahaja data diterbitkan mencetus idea bahawa Federal Reserve (Fed) akan memperlahankan pengetatan dasar monetari mereka.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/usd-parah-dihentam-inflasi-as
Carta harga pasangan mata wang EUR/USD mempamerkan lonjakan sekitar 80 pips di sesi New York semalam mencatatkan paras ketinggian terbaru lagi mengatasi minggu lalu.
Harga pada mulanya mendatar di sekitar 1.09300 kemudiannya melonjak mencapai paras sasaran 1.10000 seperti yang dijangkakan penganalisis.
Harga dilihat mula perlahan di sekitar tersebut sehingga bersambung pada sesi Asia pagi ini (Khamis) menjadikanya sebagai paras rintangan terbaru.
Dengan isyarat bullish pergerakan harga yang masih berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD itu, akan menjangkakan kenaikan lebih tinggi bakal diteruskan hari ini melepasi 1.1000.
Oleh itu, paras ketinggian terbaru bakal dicatatkan lagi dengan sasaran seterusnya harga berada pada sekitar 1.12000 pula.
Namun jika harga dihenjut turun semula dari paras 1.1000 tersebut, zon 1.09000 menjadi yang terawal diuji sebelum harga meneruskan penurunan menuju support pada 1.08000.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG