Menjejaki pergerakan pasaran pada sesi Eropah, US dolar kekal melemah pada sekitar paras terendah satu bulan berbanding pesaing utamanya.
Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell akan membuat satu lagi penampilan di hadapan Jawatankuasa Perbankan Senat pada malam ini.
Namun, pelabur tidak menjangkakan akan terdapat kejutan daripada kesaksian tersebut yang mungkin sama sahaja dengan keterangannya semalam.
Bagaimanapun, data tuntutan pengangguran Amerika Syarikat yang juga bakal diterbitkan pada sesi New York akan dijadikan tumpuan oleh pelabur.
Meneliti pergerakan mata wang secara lebih luas, indeks dolar didagangkan sedikit berubah pada sekitar harga 102.08 berbanding sekumpulan mata wang utama.
Sementara itu, mata wang pound yang akan menyaksikan keputusan dasar Bank of England (BOE) pada malam ini pula terus didagangkan stabil pada paras tertinggi lebih satu tahun.
Dalam pada itu, euro kekal menguat pada paras terkukuh satu bulannya dengan harga terus disokong oleh dagangan US dolar yang lebih lemah dan pendirian Bank Pusat Eropah (ECB) yang hawkish.
Selain itu, mata wang berkaitan komoditi dolar Aussie dan New Zealand dilihat terus cuba mempertahankan pengukuhan di sekitar paras tertinggi masing-masing.
Swiss franc menjadi tumpuan pada sesi Eropah hari ini susulan keputusan dasar Swiss National Bank (SNB) yang menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas kepada 1.75%.
Walaupun SNB kedengaran hawkish, namun mata wang itu dilihat gagal mencatatkan kenaikan, sebaliknya didagangkan sedikit susut berbanding US dolar.
Di sisi lain, yen terus didagangkan suram pada paras terendah tujuh bulan berbanding greenback di tengah-tengah kebangkitan semula hasil bon AS 10 tahun pada sesi Eropah.
Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.