Berbeza berbanding Euro yang suram, mata wang Pound berjaya paparkan pengukuhan yang agak ketara pada sesi Eropah semalam susulan terbitan data ekonomi penting.
Sektor pembuatan dan perkhidmatan catatkan angka yang meningkat dengan baik di UK untuk bulan Februari.
Situasi ini berkemungkinan boleh menghalang rancangan bank pusat untuk menghentikan pengetatan dasar, dan telah mendorong pengukuhan nilai Pound.
Namun, pelabur perlu kekal waspada dengan situasi yang boleh berubah pada bila-bila masa sahaja.
Potensi US dolar untuk menyambung pengukuhan juga boleh merencatkan prestasi Pound. Tumpuan akan beralih pada terbitan minit mesyuarat FOMC dan data pertumbuhan ekonomi AS.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/usd-nanti-minit-fomc-gbp-lonjak
Meneliti carta harga pasangan mata wang GBP/USD, harga dilihat telah melonjak dari zon 1.20000 semalam sehingga mencapai paras ketinggian 1.21400.
Harga kemudiannya sedikit susut pada penutupan sesi New York dan mengakhiri dagangan sekitar paras tumpuan 1.21000.
Setelah melonjak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD, harga dilihat berpotensi menyambung corak kenaikan lebih tinggi lagi hari ini.
Kenaikan dilihat akan menuju zon rintangan pada 1.22000 sebelum meneruskan kenaikan untuk mencabar ketinggian yang dicapai minggu lalu.
Sebaliknya, jika terjunan harga kembali dipamerkan, harga bakal kembali semula ke sokongan semasa pada 1.2000.
Jika tembus lebih rendah, harga boleh mencecah sehingga sekitar 1.19000 yang menjadi zon diuji harga pada penghujung minggu lalu.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG