Jika diperhatikan, pergerakan pasaran yang tak menentu telah mendorong dagangan yang bercampur buat US dolar sepanjang minggu lalu.
Setiap hari corak harga berubah, dan pada penghujung dagangan sesi terakhir, US dolar dilihat menutup tirai minggu tersebut dengan sedikit menyusut.
Pelabur akan terus berwaspada menyambung dagangan pada minggu yang baru ini, dengan tumpuan utama akan terarah kepada laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) pada penghujung minggu.
Bacaan data berkemungkinan akan memberi gambaran terhadap keputusan lanjut dasar monetari oleh Federal Reserve (Fed) sama ada akan memperlahankan dasar atau kembali mengetatkan dasar semula.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/penentu-arah-matawang-minggu-ini
Memerhatikan carta pasangan mata wang EUR/USD minggu lalu, harga dilihat telah memaparkan kenaikan menuju ke zon 1.07000.
Namun, zon tersebut kekal menjadi rintangan buat harga yang gagal ditembusi sebelum corak penurunan dipaparkan semula.
Mengakhiri dagangan penghujung minggu yang suram, harga berlegar di atas zon 1.06000.
Menyambung pembukaan dagangan awal minggu ini di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD, kenaikan harga mungkin akan diteruskan untuk harga kembali menuju sasaran zon rintangan 1.07000 semula.
Jika berjaya tembusi, corak bullish harga akan diteruskan untuk harga menuju pula ketinggian 1.08000 untuk menguji rintangan berikutnya itu.
Namun jika US dolar kembali mendominasi dan menekan harga susut di bawah 1.06000, penurunan dilihat akan menuju ke paras sokongan awal minggu lalu sekitar 1.05300.
Seterusnya, zon support 1.05000 menanti untuk diuji harga pada corak penurunan yang masih diteruskan.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG