Mula menampakkan perubahan pada carta harga di carta pasangan mata wang USD/CAD menuju penghujung minggu ini dengan kenaikan yang berlaku semalam.
Setelah data pekerjaan Kanada dan NFP Amerika Syarikat (AS) pada minggu lalu menyaksikan harga menjunam, pergerakan harga sejak awal minggu pula dilihat mendatar.
Harga bergerak di bawah paras 1.34000 yang menjadi rintangan menghalang kenaikan harga berlaku beberapa hari sebelum ini sebelum ‘breakout’ berlaku pada Khamis semalam.
Setelah pelabur menghadam data inflasi AS yang diterbitkan, US dolar memaparkan pengukuhan menuju penghujung minggu biarpun penurunan kadar inflasi memberi petunjuk untuk Federal Reserve (Fed) semakin beralih ke fasa pelonggaran pada dasar monetari mereka.
Pada Khamis semalam, selepas harga berjaya menembusi 1.34000, kenaikan telah diteruskan dengan pengukuhan US dolar mengangkat semula harga ke zon 1.35000.
Namun, harga mula mendatar menamatkan dagangan sesi New York dan corak perlahan itu kekal bersambung pada sesi Asia dan awal sesi Eropah hari ini (Jumaat).
Apa pula jangkaan untuk pergerakan di akhir minggu ini?
Jika corak kenaikan berjaya dikekalkan, harga yang menembusi zon 1.35000 bakal meneruskan pendakian lebih tinggi untuk mencapai semula sasaran zon rintangan 1.36500.
Corak kenaikan dilihat akan terus dikekalkan sekiranya pergerakan harga masih berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/CAD tersebut.
Namun jika harga terjun semula dari zon 1.35000 dan melepasi bawah paras MA50, ini akan mencetus jangkaan perubahan kepada trend bearish untuk harga.
Penurunan lebih rendah bakal melepasi 1.34000 sebelum menuju zon support lebih rendah yang berada sekitar 1.33000.
Lihat gambar carta harga pasangan USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda dan sertai Lucky Draw RM3,000 SaracenMarkets bulan ini. – KLIK DI SINI – UNTUK PM ADMIN