“Bijak juga Snowden ni, harapnya negara Lubnan dengar la penyelesaian dia.”
Negara Lubnan menurunkan nilai mata wang tempatannya sebanyak 90% dengan kadar baharu tersebut ditetapkan pada 15,000 Lubnan pound untuk satu dolar Amerika Syarikat (AS) berbanding dahulu yang lebih kecil pada nilai 1,507.
Menurut Riah Salameh, gabenor bank pusat Lubnan berkata bahawa kadar pertukaran rasmi baharu tersebut akan akibatkan bahagian ekuiti dalam pound di bank perdagangan negara itu semakin berkurangan.
Rentetan itu, bank-bank yang terkesan akan diberi tempoh selama lima tahun untuk memulihkan semula kerugian dihadapi mereka disebabkan penurunan nilai.
Bank Lubnan dilaporkan menyekat rakyat biasa mengakses simpanan dolar masing-masing sebagai sebahagian daripada usaha mereka untuk menangani krisis kewangan negara tetapi langkah tersebut tetap memburukkan keadaan.
Diperjelaskan lebih terperinci, keputusan penurunan nilai mata wang itu adalah selaras dengan draf perjanjian yang dicapai dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) tahun lepas yang membenarkan Lubnan menerima bailout*.
*Tindakan memberi bantuan kewangan kepada perniagaan atau ekonomi yang gagal untuk menyelamatkannya daripada keruntuhan
Oleh demikian, Edward Snowden, pemberi maklumat terkenal yang juga penyokong tegar Bitcoin (BTC) memberi solusi dengan menyebut bahawa aset digital itu menyediakan pelbagai perlindungan terhadap penyusutan nilai mata wang serta kecairan.
Hal ini kerana BTC memiliki bekalan terhad sebanyak 21 juta unit dan 90% bekalan maksimumnya sudah diedarkan.
Ekoran itu, rakyat Lubnan tidak perlu bimbang susulan nilai BTC tidak akan turun ditambah pula aset digital itu adalah decentralized dan merupakan penyelesaian perbankan alternatif tanpa memerlukan institusi kewangan.
Adakah ramai yang akan bersetuju dengan cadangan Snowden itu?