Jadi tumpuan pada sesi Asia pagi ini (Rabu), mesyuarat polisi Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) dilihat memberi impak ketara terhadap pergerakan dolar New Zealand sebentar tadi.
Pasaran menyaksikan kenaikan kadar faedah telah dilaksanakan sebanyak 25 mata asas ke paras 5.50% yang menepati ramalan, dengan isyarat kadar sudah mencapai di kemuncak.
Dengan kenaikan kadar yang lebih perlahan ini, bank pusat itu dilihat bersedia untuk menghentikan pengetatan dasarnya sebelum ini.
Walaupun inflasi masih kekal tinggi di paras 6.7%, namun RBNZ melihat inflasi akan berterusan menurun dengan tahap kadar faedah yang telah dicapai setakat ini.
Menilai pergerakan harga pada carta pasangan mata wang NZD/USD, corak penurunan jelas dipaparkan pada sesi Asia hari ini setelah harga mendatar sejak dagangan minggu lalu.
Pelabur telah bersedia lebih awal pada Selasa semalam ketika harga mula bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam dicarta tersebut menandakan isyarat awal untuk pergerakan bearish buat harga.
Harga yang berlegar di sekitar 0.62500 di awal sesi Asia pagi tadi akhirnya menjunam setelah reaksi terhadap keputusan mesyuarat RBNZ tersebut.
Penurunan harga telah memecah zon support pada 0.62000 dan sehingga menyambung dagangan di awal sesi Eropah, harga telah turun mencecah sekitar 0.61400.
Penurunan lebih rendah akan dijangkakan untuk menuju zon tumpuan yang berada pada 0.61000-0.60600.
Melepasi zon berikut akan mendorong harga catatkan paras terendah terbaru 6 bulan.
Namun sekiranya harga kembali membuat kenaikan semula, zon 0.62000 bakal diuji semula dan berpotensi menjadi rintangan terbaru buat harga.
Jika berjaya ditembusi, harga akan melanjutkan kenaikan lebih tinggi untuk menuju semula zon rintangan pada 0.63000.
Lihat gambar carta harga pasangan NZD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG