Kenaikan awal harga dapat disaksikan berlaku pada carta pasangan mata wang GBP/USD di sesi New York semalam berikutan kesan reaksi pasaran terhadap data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan.
Indeks harga pengguna (CPI) AS sedikit rendah berbanding jangkaan dan menandakan penurunan inflasi yang masih berterusan untuk 10 bulan berturut-turut.
Kesan penyusutan awal US dolar tersebut telah memaparkan lonjakan hampir 80 pips apabila harga yang pada mulanya berlegar di atas paras 1.26000 telah mencapai paras 1.26800.
Namun, harga kemudiannya dilihat kembali susut semula menuju ke zon 1.26000 semula.
Pelabur juga berhati-hati dengan mata wang Pound menantikan keputusan mesyuarat polisi bank pusat England pada hari ini, jam 7 petang waktu tempatan.
Bank of England (BOE) dijangka akan menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas menjadikan kadar terbaru di paras 4.50% daripada 4.25% sebelum ini.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/sis-fx-inflasi-turun-apa-reaksi-matawang-115
Arah pergerakan harga pada carta GBP/USD berkemungkinan akan lebih jelas selepas pelabur meneliti keputusan mesyuarat dan kenyataan susulan bank pusat berkenaan dasar selanjutnya.
Untuk jangkaan bagi kenaikan harga yang berlaku, harga dilihat akan menuju ketinggian 1.27000 untuk menguji zon rintangan tersebut.
Kenaikan berkemungkinan diteruskan ke paras lebih tinggi untuk catatkan paras tertinggi terbaru 1 tahun.
Namun sebaliknya jika harga menjunam ke bawah, susut lebih rendah daripada 1.26000 akan menjangkakan permulaan pergerakan bearish buat harga.
Paras 1.25000 seterusnya dilihat akan menjadi sasaran pada penurunan harga yang diteruskan.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG