Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang USD/JPY dilihat bergerak dalam zon mendatar sepanjang minggu ini setelah lonjakan berlaku pada penghujung minggu lalu ke paras ketinggian terbaru 9 minggu.
Pada minggu ini, kenaikan harga terhalang di paras rintangan 137.00 di mana turut diuji pada dagangan Khamis semalam.
US dolar gagal memaparkan arah pergerakan jelas minggu ini apabila berubah naik dan turun dipengaruhi perubahan pada sentimen pasaran.
Pada Khamis semalam US dolar dilihat kembali didagangkan kukuh semula berkemungkinan pasaran beralih tumpuan kembali pada dasar bank pusat Amerika Syarikat (AS).
Federal Reserve (Fed) dijangka masih kekal berada pada landasan pengetatan dasar monetari mereka berdasarkan data-data ekonomi terbaru yang diterbitkan.
Walaupun pergerakan lebih perlahan pada minggu ini, namun harga dilihat masih bergerak pada trend bullish yang dikekalkan beberapa minggu kebelakangan ini.
Berlegar di bawah zon rintangan 137.00, harga sedikit menurun ke sekitar 136.400 pada dagangan awal sesi Eropah petang ini (Jumaat).
Pelabur akan mula bersedia untuk pergerakan bearish sekiranya harga mula menyusut di bawah paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/JPY tersebut.
Penurunan dilihat akan menguji zon RBS (resistance become support) 135.00 yang bakal memberi isyarat pergerakan harga selanjutnya.
Jika harga berjaya tembus lebih rendah akan lebih menguatkan lagi jangkaan penurunan lanjut harga yang berkemungkinan menuju sekitar 134.00.
Namun jika harga berjaya membuat lonjakan menembusi zon rintangan 137.00, trend bullish akan diterus dikekalkan dan mendorong harga catatkan paras tertinggi terbaru 11 minggu.
Kenaikan yang diteruskan bakal mensasarkan zon 139.00 atau lebih tinggi sekiranya US dolar mengekalkan dominasi dalam pasaran.
Lihat gambar carta harga pasangan USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG