Carta harga pasangan mata wang GBP/USD dilihat melonjak hampir 100 pips ketika pasaran memberi reaksi terhadap data inflasi Amerika Syarikat (AS) pada sesi New York semalam.
US dolar ketara melemah apabila bacaan indeks harga pengguna diterbitkan lebih rendah berbanding jangkaan, menunjukkan inflasi AS kekal menurun untuk 9 bulan berturut-turut sehingga ke paras paling rendah sejak Mei 2021.
Justeru, dapat disaksikan harga yang pada mulanya membuat penurunan di sesi Eropah mencecah paras 1.24000 kemudiannya melantun tinggi hampir menyentuh paras 1.25000.
Isyarat bullish dinilai dengan pergerakan harga masih berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD tersebut dengan penurunan di sesi Eropah semalam turut mengujinya.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/usd-parah-dihentam-inflasi-as
Dengan jangkaan US dolar akan terus melemah lagi hari ini, corak kenaikan harga bakal bersambung lagi pada sesi-sesi berikutnya dengan rintangan 1.24000 akan diuji.
Selepas berjaya ditembusi, harga bakal catatkan paras ketinggian terbaru 10 minggu dengan meneruskan kenaikan menuju sasaran seterusnya pada 1.26000.
Namun, waspada sekiranya harga beralih arah membuat penurunan semula dan bakal kembali menguji kembali paras sokongan pada 1.24000 yang dicecah semalam.
Menembusi pula paras tersebut akan mendorong penurunan menuju zon-zon tumpuan sebelum ini seperti 1.23000 dan 1.22000 selepas isyarat bearish lebih jelas telah diperlihatkan.
Pelabur akan memberi tumpuan pula kepada data pertumbuhan ekonomi UK yang akan diterbitkan di awal sesi Eropah hari ini yang akan mempengaruhi pergerakan Pound.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG