Menjadi tumpuan di sesi New York semalam, data indeks harga pengguna (CPI) Amerika Syarikat (AS) telah menggegarkan pasaran.
Bacaan inflasi tahunan terbaru itu merupakan peningkatan terendah dalam tempoh 2 tahun iaitu di paras 4.0% untuk Mei, daripada 4.9% bulan sebelumnya.
US dolar didagangkan susut ke paras terendah 3 minggu susulan kesan terbitan data penting itu yang memberi petunjuk kemungkinan Federal Reserve (Fed) akan mengekalkan kadar faedah pada mesyuarat FOMC awal pagi Khamis nanti.
Ruang dimanfaatkan oleh mata wang utama termasuk Euro untuk menyambung pengukuhan nilainya menjelang mesyuarat polisi bank pusat Eropah (ECB) pada Khamis.
Data tinjauan ZEW sentimen ekonomi Jerman yang diterbitkan di sesi Eropah semalam juga menunjukkan pemulihan pada angka bacaan yang terbaru.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/sis-fx-cpi-jatuh-fomc-jadi
Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga dilihat telah meneruskan kenaikan ke paras sasaran 1.08000.
Namun, lonjakan lanjut harga tidak diteruskan memperlihatkan persembahan suram yang dipaparkan sehingga ke penghujung sesi New York.
Harga yang kekal bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD dijangka akan menyambung kenaikan lebih tinggi.
Namun, pelabur berkemungkinan lebih berhati-hati menantikan dahulu keputusan mesyuarat FOMC untuk menentukan arah yang lebih jelas.
Sekiranya harga berjaya melonjak lebih tinggi, pergerakan bullish yang diteruskan dilihat akan menuju zon tumpuan pada 1.09000.
Seterusnya, zon ketinggian 1.1000 pula akan disasarkan untuk dicapai setelah 5 minggu harga jatuh di bawah paras tersebut.
Sementara untuk jangkaan bagi penurunan harga pula, gagal untuk melepasi zon 1.08000 dan pantul turun ke bawah, harga boleh susut semula melepasi paras sokongan MA50 untuk cetus jangkaan awal perubahan trend.
Penurunan harga bakal menuju kembali ke paras tumpuan sebelum ini sekitar 1.07000 sebelum melanjutkan penurunan ke sasaran 1.06000.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG