“Pening pelabur macam ni, tak boleh ke sama-sama naik je.”
Keseluruhan pasaran mata wang kripto termasuk Bitcoin (BTC) melihat pendakian drastik selepas Federal Reserve (Fed) Amerika Syarikat (AS) mengumumkan kenaikan kadar faedah sebanyak 25 mata asas semalam.
Aset digital seperti Cardano (ADA) dan Solana (SOL) turut tidak ketinggalan lonjak sekitar 6% manakala Polygon (MATIC) pula raih 12% dalam tempoh 24 jam lalu.
Sementara unjuran untuk Indeks Dolar AS (DXY) tidak begitu memberangsangkan susulan penganalisis jangkakan harganya akan junam hingga $90 tetapi ia hanya susut sebanyak 0.09%, di mana setakat ini berada pada paras $101.85.
Hal ini kerana DXY dan BTC biasanya menyaksikan corak inverse correlation* namun sebaliknya berlaku apabila kedua-dua menyaksikan kenaikan.
*Hubungan antara dua pembolehubah di mana kedudukannya adalah bertentangan antara satu sama lain.
Harga BTC dilaporkan dapat mendaki lebih tinggi sekiranya DXY melakukan pergerakan menurun dengan sasaran seterusnya pada zon harga $92.
Setakat penulisan ini, harga BTC masih menyaksikan momentum menaik apabila canak sebanyak 3.21% dalam tempoh 24 jam lalu tetapi kini susut sedikit pada paras $23,563 manakala indeks S&P 500 lonjak 1.0% pada hari ini.