Menutup dagangan bagi bulan Julai semalam mempamerkan pergerakan pasaran yang agak bercampur ketika meneliti mata wang utama yang didagangkan.
US dolar masih menunjukkan pengukuhan khususnya di sesi New York semalam setelah kecenderungan jangkaan pelabur minggu lalu telah beralih pada langkah pengetatan dasar monetari bakal diteruskan Federal Reserve (Fed) selepas menilai data ekonomi yang diterbitkan.
Mata wang Euro sedikit kukuh pada mulanya di sesi Eropah semalam setelah data menunjukkan pertumbuhan pada ekonomi suku kedua, dan kadar inflasi tahunan Eropah sedikit menurun pada Julai.
Namun Euro gagal pertahankan momentum susulan ditekan semula oleh pengukuhan US dolar di sesi berikutnya itu.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/sis-fx-usd-gagah-gold-u-turn-18
Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD semalam menyaksikan kenaikan pada awalnya mencapai paras 1.10450 namun harga kembali menjunam semula hingga ke paras tumpuan 1.10000.
Menyambung dagangan pada pembukaan sesi Asia pagi ini (Selasa), harga meneruskan penurunan dari paras 1.10000 dan pergerakan di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) di rangka masa 1 jam kembali beri isyarat bearish.
Harga dijangka akan menyambung penurunan menuju ke paras terendah minggu lalu yang dicecah sekitar 1.09400.
Zon 1.09000 dilihat akan menjadi zon penting bakal diuji sebelum harga yang meneruskan penurunan selanjutnya bakal mencecah sekitar 1.08000 pula.
Sementara, jika berlaku lonjakan semula di atas paras 1.10000, akan menjadi petanda untuk perubahan pergerakan harga lebih bullish kembali.
Kenaikan harga boleh mencapai semula ketinggian minggu lalu sekitar 1.15000 sebelum beralih sasaran pada paras rintangan 1.12000.
Pasaran akan memerhati lagi beberapa data Eropah sebelum data tinjauan ISM Amerika Syarikat serta pekerjaan JOLTS akan diberi tumpuan di sesi New York sebentar lagi.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG